Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Friday, August 17, 2007

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-50

Salam,

Hari ini merupakan hari pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-50 bagi SKEN.

Dari pandangan bilik guru (BG) jam 7.05 a.m.
Macam ni la hari-hari gelap lagi dah sampai sekolah. Selalu jadi yang pertama...

SKEN dalam kategori SKM (Sekolah Kurang Murid), hanya mempunyai 2 blok sahaja.

Ayahanda Guru Besar yang sedang melancarkan simbolik
penanaman pokok bunga kebangsaan : bunga raya.

Barisan guru-guru perempuan.

Barisan guru-guru lelaki.
(tiada dalam gambar GPK1 : Cikgu Aidi - menghadiri kursus di PD)

Para puteri SKEN.

Para putera SKEN.

Majlis yang diadakan serba ringkas. Nyanyian seperti kelaziman perhimpunan pagi Jumaat dan diikuti dengan lagu-lagu patriotik. Nyasid Asmaul Husna > Lagu Negeri Pahang > Lagu Negaraku > Lagu Sekolah > Jalur Gemilang > Keranamu Malaysia

Ucapan.

Diikuti pula dengan persembahan sajak, pantun dan nyanyian daripada para pelajar SKEN.

Simbolik penanaman pokok bunga raya oleh Guru Besar.

Diakhiri dengan nyanyian lagu tema Malaysiaku Gemilang oleh para guru SKEN.

//InsyaAllah, nti Fini post entry tentang ucapan yang diberikan...ada cerita tentang Abu Nawas. Sekarang ni, rasa tak berapa sedap hati. One of my friends dalam kesedihan. Fini harap org2 yg dia sayangi berada dalam keadaan yang baik2. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya. Dan tidak lupa juga kepada org2 disekeliling Fini...doa Fini agar semua sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Amy dah balik bercuti...lengkap kami sekeluarga. (",)

1 comment:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

Seperti yg Fini janjikan...Fini nak kongsi cerita Abu Nawas yg diceritakan oleh my GB. Yg nin, Fini cari di internet, tp lebih kurang gini juga la yg my GB citer. Cerita yg sama, versi sedikit berbeza, namun pengajarannya sama.

*************************************
Al-Kisah tersebutlah (dalam Hikayat 1001 malam)Abu Nawas yang bijaksana dalam pemerintahan seorang Sultan di kota Baghdad. Sultan memang teringin sangat nak uji kebijaksanaan si Abu Nawas maka dia pun berpakatlah dengan Memanda Menterinya mencari idea nak kenakan si Abu Nawas tu. Baginda memerintahkan sebuah kolam besar dibina untuk memuatkan seramai 7 orang didalamnya. Baginda memerintahkan 6 orang pengawalnya menyertai permainan yang dirancangkan. Abu Nawas diperintahkan ke Istana.

Kata baginda, "Hai..Abu Nawas, beta ingin kamu masuk ke dalam kolam tu bersama 6 orang dan menyelam ke dasarnya. Apabila timbul, kamu mesti tunjukkan kepada beta sebiji telur ayam yang kamu dapat didasarnya. Ingat, kamu mempunyai 2 kali selaman saja. Tidak lebih dari itu. Kalau kamu tidak dapat, kamu akan beta pancung", katanya lagi.

"Baiklah tuanku," berkatalah si Abu Nawas. Dalam hatinya berkata, "Apa pulak tipu muslihat raja ku ini?" Maka acara dimulakan, mulalah mereka menyelam. Apabila timbul semua 6 orang pengawal istana tadi menunjukkan mereka dapat sebiji telur ayam. Abu Nawas timbul dengan tangan kosong. Abu Nawas berasa hairan macam mana 6 orang tadi begitu mudah mendapat telur.

Raja berkata, "Ha..Abu, macam mana sekarang? Kamu ada satu peluang saja lagi".

"Baiklah tuanku, beta akan cuba sekali lagi". Dalam hati nya bersuara, "Mati le aku kali ni kalau pendek akal ku". Tapi si Abu Nawas ni sentiasa berakal bijak. Lalu dia menyelam dan akalnya bermain-main untuk menjawab kesimpulan yang Sultan berikan. Lalu dia timbul, maka dia pun berkokok seperti ayam jantan lagaknya sekuat hati.

Sultan pun terkejut dan berkata, "Ha, wahai si Abu Nawas. Kenapa pula kamu ni buang tabiat berkokok sekuat hati ni? Macam mana dengan telur ayam,dapat ke tidak?".

Berkata si Abu Nawas yang bijak, "Ampun tuanku, tahukah patik berbuat apa tu tadi?" Berkata baginda, "Tahu, kamu berkokok laksana seperti ayam jantan lakunya".

"Ha..kalau tuanku tahu, patik le laksana (ibaratkan) si ayam jantan dan ayam jantan tidak akan mengeluarkan telur. Oleh itu, maka tiada lah patik dapat mengemukakan pada tuanku walau sebiji telur apa jua pon," kata beliau lagi.

"Ooo begitu rupanya," kata baginda. Dalam hatinya bersuara, "Memang sah bijak betul si Abu Nawas ni".

"Baiklah", kata baginda lagi. "Kalau begitu apahal jadinya dengan mereka yang mendapat telur-telur tadi tu?"

"Ha," kata si Abu Nawas lagi. "Kalau tuanku nak tahu, mereka semua tu adalah laksana si ayam betina. Sebab itulah mereka dapat seorang sebiji telur apabila timbul".

"Benar...benar kata mu wahai Abu Nawas, mulai hari ini beta lantik dikau menjadi penasihat istana". Abu Nawas pun sangat gembira dan bersyukur dengan kebijaksanaan yang Tuhan berikan.

Sekian.

Pengajaran : Tidak seorang pun dari kita dilahirkan tidak berakal dan berilmu. Oleh itu, gunakan ia dengan sebaiknya.

Peringatan utk diri Fini juga.